BINA BADAN UNTUK SIHAT?
7 SEBAB KENAPA ANDA PERLU KE GYM
Ramai orang yang merasakan pergi ke gym ini membuang masa. Betul ke? Ada pula orang yang nak workout(bersenam di gym), tapi merasakan diri terlalu tua atau sudah terlambat untuk bermula. Jadi terus beliau tak jadi nak workout. Kawan-kawan ku, pernahkah kalian mendengar tentang Michaelangelo? Beliau ialah seorang seniman agung Itali ketika Zaman Renaissance. Saya memetik nama beliau kerana satu quote, atau sebaris ayat yang pernah beliau sampaikan iaitu,
.
“Ancora Imparo” yang bermaksud “I am still learning/Saya masih belajar”.
.
Ya ia kelihatan seperti ayat biasa. Namun yang menariknya beliau mengucapkan ayat tersebut ketika beliau sudah pun berumur 87 tahun!
Itu menunjukkan bahawa, sekiranya kita masih berdaya, selagi itu kita masih boleh untuk memulakan sesuatu, atau dari segi konteks artikel ini, membina badan.
Di sini saya akan memberikan sebab-sebab mengapa anda patut mula workout dan bersenam untuk membina badan.
1. Ia sihat
Saya akan terus menyatakan perkara yang sudah jelas. Workout adalah sihat. Jika anda baru bermula workout dan rasa seperti tiada kemajuan, jangan gundah, sebaliknya berilah pujian kepada diri kerana paling tidak anda sudah pun ada usaha untuk ke arah kondisi tubuh yang lebih sihat. Workout adalah langkah pertama. Lebih-lebih lagi jika anda pergi ke gym. Badan yang cantik dan sihat memerlukan usaha dan dedikasi yang sangat tinggi!
Pergi ke gym atau workout di rumah sudah pun meletakkan anda di landasan yang betul untuk mendapatkan badan yang cantik dan sihat. Tidak ada jalan pintas.
2. Menambahkan keyakinan diri
Saya tidak tahu anda bagaimana, tapi bila saya selesai workout di gym, saya akan berasa lebih yakin dan selesa dengan diri saya. Rasa yang diri saya ni semakin sihat dan bertenaga. Dan inilah salah satu sebab yang sangat penting untuk mula workout.
Ramai yang terlepas pandang pada aspek ini. Jika badan anda kelihatan segak atau sado, sudah pastinya anda akan berasa lebih yakin dengan diri.

Bila anda mula workout, anda akan kelihatan lebih baik. Bila anda kelihatan lebih baik, anda akan rasa lebih baik. Dan bila anda rasa lebih baik, anda akan menjadi lebih berkeyakinan. Menambahkan keyakinan diri!
Bila anda berkeyakinan tinggi, ia akan ada kesan yang sangat positif terhadap kehidupan anda. Keyakinan anda akan membantu hubungan sesama keluarga, kawan-kawan, pekerjaan anda, dan banyak lagi.
Itulah yang saya maksudkan dengan workout boleh menambahkan keyakinan diri. Ia akan mengubah mentaliti anda.

3. Menambahkan ilmu

Pergi gym boleh tambah ilmu? Betul ke ni? Ya saya yakin anda akan mendapat sedikit sebanyak ilmu mengenai nutrisi, workout dan lain-lain jika anda mula workout sama ada di rumah atau di gym. Mengapa saya kata begitu? Kerana bila anda dah start workout dan ke gym, anda akan berasa lebih lapar akan ilmu. Makanan apa yang sesuai? Workout macam ni boleh ke? Dan macam-macam lagi. Anda akan mula membuat research tentang perkara yang anda ingin tahu, atau lebih baik lagi, anda akan mula bertanya soalan-soalan kepada otai-otai di gym anda.

Contohnya, orang yang kerap ke gym mesti sudah tahu mengenai basic supplemen seperti protein dan testo booster. Protein ada dua, mass dan whey. Mass sesuai untuk naik berat dan whey sesuai untuk cut atau maintain berat. Testo booster pula ialah booster testosterone untuk cepatkan proses naik otot. Ada juga bcaa untuk recovery.

4. Mengurangkan stress

Kerja jam 9 hingga 5 membuatkan anda rasa down? Isteri atau girlfriend anda berleter dan sering mengganggu anda? Jika anda stress, saya cadangkan untuk anda cuba meluangkan masa di gym. Gym ialah tempat yang sangat sesuai untuk release stress. Bagi saya sendiri, gym ni saya anggap sebagai tempat yang membolehkan saya melupakan perkara-perkara negatif yang berlaku dan memberi saya ruang untuk fokus kepada diri saya sendiri.
Jadi mulalah workout, tutup handphone dan cuba berbakti kepada tubuh badan anda. Bila anda melayan badan anda dengan baik anda akan mula berasa lebih baik secara mental. Kadang-kadang bila anda selesai workout, dan mula bergerak ke rumah, anda akan merasakan bahawa tekanan yang anda ada apabila tiba ke gym seakan hilang begitu saja!
 Sambil buang stress, sambil sihatkan tubuh badan. Ibarat sambil menyelam minum air bukan!
5. Mengisi masa lapang

Mengapa tidak? Pernah tak jika anda ada banyak masa terluang, tapi tak tahu nak buat apa. Bagaimana jika anda pergi ke gym dan mula workout?
Jadikan gym sebagai hobi anda. Workout di gym akan akan memberikan anda sesuatu makna dalam hidup dan akan ada sesuatu yang boleh anda “look forward”. Ia juga lebih baik daripada aktiviti tidak berfaedah, betul tak?
Ramai orang ada hobi. Tapi ramaikah yang mempunyai hobi yang menyihatkan badan? Jika rakan anda ada hobi yang tidak menggunakan aktiviti fizikal bertanya hobi anda. Anda boleh jawab persoalannya dengan yakin.
“Hobi saya ialah workout di gym, dan ia adalah hobi yang sangat bagus!”
6. Mendapatkan badan yang cantik

9 daripada 10 orang yang workout mahukan badan yang sado atau cantik. Saya yakin dan akan cakap yang memang gym dijadikan untuk itu.
Menjadi sihat sangat bagus. Bagus untuk badan dan bagus untuk keseluruhan kesihatan anda. Kebanyakan masa, menjadi lebih sihat akan memberikan anda badan yang cantik. Siapa yang taknak badan cantik betul tak?
Manusia lebih tertarik kepada individu yang kelihatan menarik jadi mari kita lihat ia dari sudut yang lain.
Mahu pergi temu duga kerja? Mahu pergi masuk meminang gadis kesukaan? Apa kata bro pergi gym dan workout dulu untuk mencantikkan badan. Peluang untuk berjaya di sesi temu duga dan meminang akan lebih cerah jika mereka tertarik dengan penampilan kita yang lebih segak! Workout di rumah pon boleh ya.
7. Jumpa rakan-rakan 
 

Gym boleh menjadi tempat yang sangat baik untuk bersosial dan berjumpa rakan-rakan baru. 
Jika gym anda seperti gym saya, saya rasa memang ramai pelanggan-pelanggan tetap yang kerap mengunjungi gym anda. Mungkin ada antaranya ialah rakan anda, atau hanya orang yang anda hanya kenal kerana beliau kerap ke gym. Rakan-rakan gym inilah yang akan membantu anda dalam proses bina badan. Anda boleh berkongsi ilmu mengenai bina badan seperti teknik workout dan pemakanan. Jika rakan baru anda seorang "otai", ia adalah satu bonus dan cubalah serap sebanyak mungkin ilmu yang mereka ada. Kerana ilmu mereka sangat bernilai!

Tapi perlu ingat, jangan bersembang terlalu lama sampai lupa tujuan anda ke gym.
KESIMPULANNYA:
Tidak mengapa jika motivasi anda untuk workout adalah rendah. Asalkan anda mahu mencuba dan bermula. Ya anda mungkin akan mengambil masa yang lama, tapi cuba kukuhkan hati dan kekal konsisten, dan saya yakin anda akan mencapai target yang diingini.
.
P.s.: Boleh share artikel ini sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat dan berguna. Terima kasih :D
Susah nak naik berat? Makan banyak pon tak naik2 juga? kurus kering? Saya cadang bro cuba protein SUPERIOR MASS ni. Sekarang tengah ada harga promo dan free gift.
Klik gambar untuk belajar dengan lebih lanjut.
Susah nak naik otot? strength stamina pun takde? Workout dah bertahun2 tak naik2 juga? kurus kering? Saya cadang bro cuba booster otot NOSTRON-6 ni. Sekarang tengah ada harga promo dan free gift.
Klik gambar untuk belajar dengan lebih lanjut.
Susah nak turunkan berat? Naik berat senang, tapi bila nak turun, sangat lah payah. Tension tengok perut boroi/buncit? Saya cadang tuan/puan cuba EvoCut ni. Lelaki Perempuan semua boleh guna. Sekarang pun tengah ada promo baik punya ni.
Klik gambar untuk belajar dengan lebih lanjut.
Kerap sakit-sakit badan lepas workout? Proses recovery otot selalu ada masalah? Saya cadang boleh cuba BCAA+GLUTAMINE ni. Sekarang tengah ada harga promo dan free gift.
Klik gambar untuk belajar dengan lebih lanjut.
Copyright © *2019* * Badang Muscle Booster*, All rights reserved.